"SaLaM MahABBaH"
Suatu hari yang tenang dan damai, berjalan aku sendirian di taman yang penuh dengan ciptaan Ilahi. Aku didengari kicauan burung merdu yang mengusik hati. Dua ekor burung yang kelihatan mera berbicara sesama sendiri seperti sepasang sahabat karib yang berkongsi kisah suka dan duka. Aku tersenyum sendirian melihat gelangat dan perilaku haiwan tersebut. Sungguh indah dan mesra persahabatan dan kasih sayang antara mereka.
Teringat aku seketika tentang khabar sahabat ku yang telah jauh terpisah. Bukanlah berpisah, tetapi berjauhan dek kerana mengejar impian. Apakah keadaannya sihat?
wahai rakan seperjuangan ku,,
dikala mata kita terjaga di pagi hari,
biarlah ianya dangan menangisi akan cinta yang paling Agong,
di saat kita mendengar sewaktu terjaga,
biarlah ianya mendengar alunan2 suci ayat Al-Quran,
sewaktu bibir mula berkata-kata di siang hari,
biarlah dengan zikrullah,
dan di ketika fajar menginsing,
biarlah ianya bisikan2 yang menyucikan hati...
dan akhirnya,,
semoga seluruh anggota ini dipagari dengan ibadah kepada Allah sehingga waktu terputus nya nyawa di malam hari...








