TENTANG diriKU

Posted by Zakiah Abdul Hadi On April - Wednesday - 2011

ZAKIAH BINTI ABDUL HADI Hamba Allah yang lahir pada tanggal 4 0gos 1990 bersamaan 13 muharram.Tinggal di Felda Pasoh 3 selama 13 tahun semenjak dilahirkan, kemudian berpindah di felda Serting Hilir selama 6 tahun. Sekarang menetap di Pasoh 2. Awal pengajian di Tadika Kemas Felda Pasoh 3...

KELUARGA BAHAGIA

Posted by Zakiah Abdul Hadi On Mei - Wednesday - 2011

Bermulanya kisah hidp keluarga ku...

BUMI TARBIAHku

Posted by Zakiah Abdul Hadi On Mei - Wednesday - 2011

Maahad Ahmadi, Gemencheh.Disinilah tempat aku mentarbiah diri setelah tamat pengajian rendah di Sek.Keb.Pasoh 3....

UniSZA

Posted by zakiah Abdul hadi On Mei - Wednesday - 2011

Dimanakah destinasi ilmu yang seterusnya untuk aku. Inilah dia, sebuah universiti yang dahulunya melahirkan para cendiakawan-cendiakawan....

UKHWAH SELAMANYA!!

Posted by Zakiah Abdul Hadi On Mei - Wednesday - 2011

ASSALAMUALAIKUM.. wahai sahabat2, ketahuilah bahawa kalian merupakan sahabat yang telah menyinari hidup ini.Tanpa kalian siapalah diri ini yang akan keseorang. ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian yang telah bersusah payah memberi semangat kepada diri ini. kalian adalah yang terbaik bagi diri ini...

"SaLaM MahABBaH"

Betemu Berpisah BIIZNILLAH

On Saturday, April 30, 2011

Suatu hari yang tenang dan damai, berjalan aku sendirian di taman yang penuh dengan ciptaan Ilahi. Aku didengari kicauan burung merdu yang mengusik hati. Dua ekor burung yang kelihatan mera berbicara sesama sendiri seperti sepasang sahabat karib yang berkongsi kisah suka dan duka. Aku tersenyum sendirian melihat gelangat dan perilaku haiwan tersebut. Sungguh indah dan mesra persahabatan dan kasih sayang antara mereka.


                Teringat aku seketika tentang khabar sahabat ku yang telah jauh terpisah. Bukanlah berpisah, tetapi berjauhan dek kerana mengejar impian. Apakah keadaannya sihat?
Bagaimanakah cara kehidupannya di sana? Sungguh tidak aku sangka suatu ketika dahulu yang kami akan bersama-sama susah dan senang untuk bersama menimba ilmu di satu tempat yang sama dan akhirnya berpisah kerana mengejar cita-cita yang sama iaitu untuk berdakwah meneruskan perjuangan islam kini. Kini dia berjuang di medan yang jauh di Timur Tengah, aku pula sememangnya ditakdirkan di universiti tempatan.

                Terbang kemesraan antara kedua ekor burung itu di langit yang terbentang luas. Kemesraananya membuatkan aku terus mengimbau kenangan silam yang masih tersemat di hati. Aku menadah tangan aku sambil berdoa kepada Allah, “Ya Allah , aku memanjatkan kesyukuran ku padaMu, dengan selawat ke atas Muhammad s.a.w..Kau sampaikanlah salam kerinduan ku kepada sahabat aku yang berada jauh di sana, semoga dia sentiasa berada dalam RahmatMu. Amin Ya Allah, Ya Rabbal ‘Alamin”.

                Terimbau aku akan kisah aku dan si dia bersama-sama di bawah satu pimpinan dakwah di sekolah untuk bersama-sama memberi peringatan kepada teman-teman yang lain. Di marahi bersama, di tangisi bersama, di sukai bersama. Seperti kembar yang sentiasa memberi semangat antara satu sama lain dan juga saling meberikan kasih sayang hanya kerana Allah. Belajar bersama, beribadah bersama, semuanya bersama juag untuk mendamba cinta kepada Sang Pencipta. Segala susah senang bersama. Jika ada salah seorang yang sakit, akan seorang lagi menemani dan memberi semangat. Teringat aku ketika aku demam panas. Semalaman si dia menemania aku dan tidak lupa dia membacakan aku kisah-kisah yang dapat menguatkan semangat aku untuk teruskan berdakwah walaupun dalam keadaan yang tenat sekalipun.

                Telefon bimbit aku berdering dengan kedengaran selawat ke atas Rasul junjungan Muhammad s.a.w. terpampar satu nombor yang tidak aku mengetahunya. Segera aku mengangkatnya untuk mengetahui panggilan yang mungkin penting bagi aku.

“Assalamualaikum”. Aku memulakan salam.

“Walaikumsalam w.b.t.”. Jawabnya dengan suara yang terketar-ketar. Mungkin tidak dia menyangka aku akan menjawab panggilannya. Aku merasakan dianya dekat sekali dengan aku. Tetapi tidak aku mengecam siapakah empunya suara itu.

“Ini saudari Nurul Ain binti Abdullah?” soalannya kepadaku sebagai kepastian.

“ Ya, saya Nurul Ain binti Abdullah. Boleh saya tahu siapa yang menelefon saya ini. Maaf, saya tidak dapat mengenali suara saudari.” aku seperti tertanya-tanya gerangannya, tidak pernah aku menerima panggilan seperti itu.

“ Oh ya. Maafkan saya. Saya Hajar, akak daripada Siti Zulaikha binti Muhammad. Masih ingat lagi kak hajar?” jawabnya.

                Terkilan aku kerana baru sebentar tadi aku meminta perlindungan Allah untuk sahabat aku itu. Terukir satu senyuman dan juga tangisan kesyukuran aku kehadrat Allah kerana mungkin dengan ini aku dapat manghubungi sahabat sejati ku.

“ Subhanallah. Kak Hajar rupanya. Tidak mungkin saya dapat lupakan kakak sahabat saya. Saya pun baru teringatkan Zu tadi. Kak Hajar sihat? Keluarga akak? Zu macam mane? Saya pun lama tak hubungi dia.” Aku menjawab dengan nada yang gembira sekali.

“Sihat Alhamdulillah, keluarga akak pun sihat. Zu,,” Kak Hajar tidak menyambung, tetapi aku merasa ada perkara yang hendak disampaikan berkaitan dengan Zu.

“Kenapa Kak Hajar? Kenapa Kak Hajar berhenti, ada masalah ke?” Aku seperti tidak sabar-sabar menanti perkhbaran tentang Zu yang sekian lama aku merinduinya.

“ Siti Zulaikha binti Muhammad sudah mendapat cintanya yang Hakiki di sisi Allah.” Aku bagaikan mengerti maksudnya, tetapi aku tidak mempercayainya.

Tercurah-curah tangisan kerinduanku. Kedua-dua ekor burung tadi tidak lagi bermesra bersama, bahkan hanya tinggal seekor sahaja yang setia menanti sendirian. Seekor lagi terbang bersama sekawan burung yang lain.

Tidak dapat aku meneruskan lagi perbicaraan aku. Ganggang telefon bimbit aku terus terlepas dari genggaman. Hampir pitam aku di taman. Tetapi tiba-tiba aku teringat akan kata-katanya yang memberi aku semangat, “Jika kita berpisah bagaimana cara sekalipun, janganlah kita menangisinya, kerana tangisan itu hanyalah untuk Allah. Dan hakikatnya, kita ini sendiri milik Allah”. Terpampar satu senyuman di bibir Zu yang manis .

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.” Teresak-esak aku menyebutnya.

Kak hajar meneruskan perbicaraannya tentang kematian Zu. Kak hajar menceritakan bahawa Zu pernah demam semasa di Timur Tengah. Tetapi dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu keluarga risau. Sehinggalah demam itu berlarutan hampir sebulan dan apabila di peraiksa oleh doktor di sana, Zu menghadapi penyakit leukemia. Keluarga Zu juga telah diberitahu oleh teman-teman Zu di sana. Zu terpaksa kembali ke Malaysia untuk mendapat rawatan dan lebih hamper dengan keluarganya.

“Maafkan kak Hajar, Ain. Akak terpaksa simpan perkhabaran tentang penyakit yang dialami oleh Zu disebabkan Zu sendiri tidak mahu Ain mengetahuinya. Dia juga sempat menulis satu untuk Ain sebelum pemergiannya seminggu yang lalu. Nombor telefon Ain ni pun kak Hajar ambil dari diari Zu yang dah lame dia simpan bersama dengan surat ni.” Bertambah deras air mata aku mengalir.

Pada petang itu, kak hajar menemui aku dan memberi surat dan diari Zu yang penuh dengan kata-kata dan coretan tentang dirinya sewaktu di sekolah sehinggalah ajalnya.



Khas buat sahabat dakwahku Nurul Ain Abdullah

Sahabat,
Pertama kali ku bertemu,
Aku terlihat satu nur di dalam mata mu,
Sesuai dengan namamu, Nurul Ain.
Dikau mengajar aku erti kehidupan berdakwah.
Bersama-sama berjuang di medan pertempuran jihad (menimba ilmu).
Bersama-sama tautkan ikatan kasih sayang dan taqwa kepada Allah. Kita bersama-sama menasihati jika berlaku kesilapan.
Kita juag saling memerlukan untuk meningkat keimanan dan memberi peringatan kepada teman-teman perjuangan yang lain.
Tibanya saat perpisahan,
Tidak mungkin aku menganggap ianya satu perpisahan,
Tetapi ku tanamkan dalam diriku bahwa ianya satu kasih sayang dari Allah,
Perpisahan ini bukanlah satu titik pengakhiran,
Tetapi ianya adalah satu titik permulaan untuk pertemuan kita yang lebih indah kelak,
Ku mengharapkan doa darimu sahabat,
Doamu yang mengiringi aku untuk bertemu dengannya dengan lebih bahagia,
Begitu juga denganmu sahabat,
Semoga kita dipertemukan di tempat yang lebih memberi kebahagiaan.
UhkwahSRIKANDI….
AMIIIIN,,,YA RABBAL ‘ALAMIIIN…

Bercucuran airmata aku sehinggakan basah surat itu dank u memeluknya serta diari yang penuh dengan kenangan itu. Sentiasa aku berdoa untuk mu Zu, dengan izin Allah aku bertemu denganmu, aku berjuang dengan mu, begitu jualah apabila aku berpisah denganmu, hanyalah engan izinnya….

“Ya Allah..Kau berilah perlindungan kepada sahabat ku ini daripada azabmu, permudahkanlah dia untuk mendapat syafaat Rasul, Muhammad s.aw..dan Kau pertemukanlah kami di tempatMu yang hakiki, syurga..Amiin..

0 Response to "Betemu Berpisah BIIZNILLAH"

Post a Comment