"SaLaM MahABBaH"
~Doa Memohon Hidup & Mati Dalam Iman~
"Ya Allah, wahai Tuhan kami (Allah), hidupka kami dengan keimanan, matikan kami dalam keimanan, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, Ya Tuhan kami (Allah), ampunilah dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami, serta kasihilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, Ya Tuhan kami (Allah), janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesunggguhnya Engkau Maha Pengurnia."
~Doa Memohon Tambah Ilmu & Kefahaman~
"Wahai Tuhanku (Allah), tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah kefahaman kami. Wahai Tuhanku (Allah), keluarkanlah kami dari kegelapan keraguan dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah hati kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau memberi cahaya kepada matahari dan bulan dan permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaMu, Wahai yang Maha Penyayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 Response to "GAMBAR>DOA (2)"
Post a Comment